HLRB Processing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pemprosesan ayam dan produk tambah nilai yang mematuhi sepenuhnya standard halal yang digariskan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Integriti dan pematuhan kepada standard halal yang digunakan pada setiap aspek bermula dari penerimaan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan sehingga penghantaran produk akhir kepada pelanggan-pelanggan kami.
Penyembelih Muslim
Penyembelihan dilakukan secara manual. Ketika ini HLRB Processing Sdn Bhd mempunyai seramai 35 orang penyembelih warganegara tempatan yang mempunyai tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Melaka.
Pisau Yang Bersih Dan Tajam
Penyembelihan dilakukan dengan mematuhi aspek syarak iaitu dengan satu pergerakan pisau dan pisau tidak diangkat sebelum penyembelihan selesai, memastikan urat halkum, mari’ serta dua saluran darah putus sepenuhnya.
Penyembelihan Ayam Hidup
Islam melarang umatnya mengambil atau memakan apa-apa daging yang diambil dari haiwan yang halal dengan tidak disembelih terlebih dahulu.
Lafaz Tasmiyyah (Bismillah Allahu Akbar)
Lafaz ini akan disebut sebelum penyembelih memulakan penyembelihan.
Mempercepatkan Kematian Ayam dan Masa Pendarahan Yang Panjang
Proses pendarahan berlaku selepas penyembelihan dimana ayam akan dibiarkan mati dengan darah mengalir keluar sepenuhnya bagi menghasilkan mutu daging yang bersih dan berkualiti. Jarak masa pendarahan adalah 5.23 minit.
Pemeriksaan Halal
Pemeriksaan halal akan ditempatkan selepas proses pendarahan bagi memastikan ayam yang disembelihan menepati kehendak syarak iaitu memutuskan urat halkum dan mari’ serta dua saluran darah. Ayam yang tidak memenuhi syarak akan dikeluarkan, direkod dan seterusnya dibuang sepenuhnya.
TINDAKAN KETAT AKAN DIAMBIL TERHADAP
MEREKA YANG TIDAK MENGIKUT PERATURAN
SEMASA DALAM PREMIS PENGELUARAN
Makanan dan minuman (tidak terhad kepada daging babi/ hasilan dari babi dan alkohol) yang tidak halal dari sudut syarak adalah tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam premis ini.
Tidak dibenarkan membawa masuk kesemua jenis binatang peliharaan kedalam premis ini termasuk kucing, anjing dan sebagainya.
Semua pelawat, kontraktor dan pembekal perlu mematuhi polisi halal sepanjang berada didalam premis ini.
Semua pekerja wajib mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh syarikat sepanjang berada didalam premis.
Semua pekerja terutama dibahagian pengeluaran perlu menjaga kebersihan diri dengan sempurna.
Mana-mana pekerja, pelawat, kontraktor dan / atau pembekal yang mempunyai kronik atau penyakit berjangkit adalah tidak digalakkan untuk memasuki premis itu. (Hendaklah merujuk kepada pihak pengurusan terlebih dahulu)
HLRB PROCESSING SDN BHD PERTANYAAN HALAL
TEL: +60 6-269 5633 ext: 140
Sila email pertanyaan anda ke: zudinhl@yahoo.com